,

,

.


web stats

.

.

PENGENALAN


Syarikat ini telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada dan mulai dari 6 Mei 1995 atas nama JAMILAH TRAVEL & TOURS SDN. BHD. Yang beralamat di lot 39A-1, Jalan Besar, Bangunan Arked Mara, 81900 Kota Tinggi, Johor. Nombor pendaftaran syarikart adalah 343449D. Jamilah Travel & Tours Sdn. Bhd. beroperasi sebagai sebuah syarikat pengendalian pelancongan dalam dan luar negeri dan juga sebagai agensi pengembaraan. Termasuk juga mengendalikan aktiviti umrah dan haji serta badal atau upah haji. Jamilah Travel & Tours Sdn. Bhd. telah didaftarkan dibawah Akta Industri Pelancongan 1992, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Malaysian Association of Tour And Travel Agent (MATTA) dan Kementerian Kewangan Malaysia (KKM).

Jamilah Travel & Tours Sdn Bhd di uruskan sepenuhnya oleh Hajah Jamilah Binti Haji Mat Tehar selaku Pengarah Urusan dan dibantu oleh beberapa kakitangan yang bertindak dalam pengurusan syarikat dan hal-hal yang berkaitan dengan urusniaga dan kerja-kerja yang dijalankan. Dengan kemampuan dan pengalaman sedia ada selama 19 tahunJamilah Travel & Tours Sdn. Bhd. mampu untuk mengendalikan dan menguruskan urusan pelancongan terutamanya dalam urusan umrah sebagaimana dalam tempoh yang telah ditetapkan  dengan memberi keutamaan kepada mutu kerja yang baik.
                       
Perkhidmatan kami lebih fokus kepada umrah dan ziarah kerana kami mempunyai jalinan kerjasama yang kukuh dan telah membuat perjanjian bersama dengan syarikat yang terlibat dalam perkhidmatan yang ingin kami tawarkan seperti pengangkutan, catering dan juga hotel-hotel di Makkah. Dari segi pengurusan, pihak kami sendiri yang menguruskan segala perkhidmatan tersebut. Tumpuan pada umrah dan ziarah tidak bermakna kami tidak menawarkan khidmat dan perkhidmatan yang lain.  Seiring dengan umrah dan ziarah kami juga menawarkan pakej-pakej seperti pelancongan di dalam dan di luar negara mengikut permintaan Jamilah Travel & Tours Sdn. Bhd. juga sentiasa mengekalkan prestasi yang terbaik dalam mengendalikan sesuatu urusniaga dan sentiasa berusaha untuk membaiki prestasi ke taraf yang lebih membanggakan agar syarikat dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memenuhi setiap kehendak pelanggan.

Bagi melancarkan lagi perjalanan serta struktur perniagaan, Jamilah Travel & Tours Sdn. Bhd. di bawah kelolaan Pengarah Urusannya telah menubuhkan beberapa anak syarikat yang diuruskan oleh anaknya iaitu Eisy Wide Richest Sdn. Bhd, Syarikat Nur Jaza, Mutiara Jaza Trading, Nafeqa Dee Z Trading & Services, Larissa Trading, Nuraisy Trading dan Permata Jaza Trading. Penubuhan anak syarikat ini penting kerana dapat membantu menyebarkan promosi syarikat, menggalakkan penyaluran maklumat, memberi suntikan modal pusingan, bekalan perkhidmatan dan sebagainya.




Objektif

Ü  Berusaha untuk memaksimamkan keuntungan setiap tahun dengan penjimatan kos dan meningkatkan produktiviti.
Ü  Memperkembangkan perniagaan dan meluaskan pasaran dengan melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti pelancongan.
Ü  Melibatkan diri dalam aktiviti pelancongan dengan lebih agresif dengan strategik pasaran yang mantap dan berkesan.
Ü  Menggunakan segala kemudahan yang ada untuk meningkatkan perniagaan.
Ü  Sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan memberi kesan kepada pelawat dan pengunjung yang datang.
Ü  Menjadi contoh dan mampu memberi panduan kepada penduduk kampung yang ingin menceburkan diri dalam aktiviti pelancongan.
Ü  Meningkatkan kerjasama dengan agensi kerajaan dan swasta yang terlibat dalam aktiviti pelancongan.



 Falsafah Syarikat 
    

  Ü  Memberikan perkhidmatan yang ‘TERBAIK, MESRA, PROFESIONAL DAN CEPAT’.

  Ü  Bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang ditetapkan oleh pelanggan.

 Ü  Komitmen kami tertumpu kepada tanggungjawab yang diberikan dan setiap keperluan            pelanggan kami sebagai jaminan kualiti ke atas kemampuan berterusan bagi memastikan            pesanan yang berulang daripada kepuasan pelanggan.

 Ü  Mempunyai kakitangan yang BERHEMAH, AMANAH, DEDIKASI dan EFISYEN di       dalam urusan perkhidmatan.

  





Visi

Ü Sebagai sebuah agensi pelancongan yang memberikan khidmat terbaik untuk pelancongan dalam dan luar negara terutamanya dalam  urusan UMRAH

 Misi


Ü Menjadi sebuah agensi pelancongan utama dalam mengendalikan urusan umrah di Johor.

Ü Mengembangkan serta meluaskan promosi pelancongan dalam dan luar negara bukan sahaja di Johor malahan di seluruh Malaysia.


Butiran Syarikat


NAMA SYARIKAT
Jamilah Travel & Tours Sdn. Bhd
ALAMAT SYARIKAT
Lot 39a-1, Jalan Besar, Bangunan Arked Mara, 81900 Kota Tinggi, Johor.
NO. TELEFON
07-8822729 / 07-8839729
NO. FAKS
07-8838725
EMAIL
jamilahtravel_jtt@yahoo.com
TARIKH PENUBUHAN
16 Mei 1995
JENIS PERNIAGAAN
Sendirian Berhad
PANEL BANK DAN NOMBOR AKAUN
Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Kota Tinggi
No14c & 14d, Jalan Tun Habab,
81900 Kota Tinggi, Johor.
(01-069-01-002309-1)

KEGIATAN SYARIKAT
Pengendalian Pelancongan Dalam Dan Luar Negeri, Haji Dan Umrah Serta Kerja-Kerja Membekal.
MODAL YANG DIBENARKAN
RM 270,000.00
MODAL BERBAYAR
RM 270,000.00
NO.PENDAFTARAN
343449-D
AKTA INDUSTRI PELANCONGAN
No Lesen. KPL/LN (2985)
MATTA
MA 0942
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
357-02069627









Nama
Jamilah Travel & Tours Sdn Bhd
Tarikh Ditubuhkan
16 Mei, 1995
Modal Berbayar
MYR 270,000.00
Lembaga Pengarah
Hajah Jamilah Binti Haji Mat Tehar
Puan Nurasyikin Binti Haji Zahadi
No Pendaftaran ROC
343449 D
No Lesen
2985
No MATTA
MA0942
No Kementerian Kewangan Malaysia
357-02069627
Alamat
Lot 39A-1, Jalan Besar,
Bangunan Arked Mara,
81900 Kota Tinggi,
Johor
Tel             : 607-8822729
                  : 607-8839729

Fax             : 607-8838725
Email
Bank Utama
Bank Islam Malaysia Berhad   
Acc No.  : 01-069-01-0023091


 Ahli Lembaga Pengarah

BIL
NAMA
WARGANEGARA
JAWATAN
1
Hj. Zahadi Bin Zakaria
Malaysia
Pengerusi
2
Hjh Jamilah Binti Mat Tehar
Malaysia
Pengarah Urusan
3
Pn. Nurasyikin Binti Hj. Zahadi
Malaysia
Pengarah Urusan



Kakitangan

BIL
BAHAGIAN
JUMLAH
1
Pengurusan
4
2
Eksekutif
2
3
Teknikal
3
4
Kerani
1





 Carta Organisasi

HJ ZAHADI BIN HJ ZAKARIA
PENGERUSI


HJH JAMILAH BINTI HJ MAT TEHAR
PENGARAH URUSAN


PN NURASYIKIN BINTI HJ ZAHADI
PENGARAH URUSAN


HJ MUHAMMAD ZAHID BIN HJ ZAHADI
PEGAWAI HAJI & UMRAH


 NAJWA AFIQAH BT HJ ZAHADI


EKSEKUTIF PEMASARAN

NUR FARHA BINTI NORDIN
PEGAWAI PELANCONGAN


SITI NUR HIDAYAH BT AMIS
PEGAWAI AKAUN


 MUHAMMAD ZHARIQ BIN HJ ZAHADI
PENOLONG PEGAWAI HAJI & UMRAH

NUR FARHA BINTI NORDIN
PEGAWAI PELANCONGAN/PEMANDU PELANCONGAN

NAZATULSHIMA BT TAIB
KERANI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan